VIRAL
Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”
Selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Sabtu, pempengaruh Aisyah Hijanah berkongsi detik cemas selepas selesai proses bersalin.
Uri melekat
Menerusi perkongsian di TikTok, Aisyah memberitahu dia tidak menjangka akan melalui sendiri pengalaman urinya melekat dekat rahim.
“Lepas dah bersalin, baby pun dah keluar, Aisyah ingatkan semua dah smooth dan boleh tenang-tenang. Aisyah tengok Dr pun mcm stay still, tak macam biasa.
“Kalau biasa, lepas bersalin mesti Dr akan macam jahit ke apa, tapi kali ini Dr duduk diam. Ingatkan nak tunggu baby cuci dulu ke. Rupa-rupanya, uri Aisyah melekat dekat rahim.
“Ini pertama kali Aisyah lalui sendiri. Sebelum ni dengar cerita orang saja, tak sangka kali ini jadi dekat diri sendiri,” kongsi Aisyah.
Dua pilihan
Pada perkongsian yang sama, Aisyah memberitahu dia diberi dua pilihan sama ada rahimnya akan ditolak dari atas dan uri ditarik keluar ataupun doktor akan seluk tangan ke dalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada Pihak Ambil Kesempatan Kontroversi Aisyah Hijanah - “Nama Tengah Busuk Memang Lebih Banyak Tahi Daripada…”
ARTIKEL BERKAITAN: Salah Guna Wang Infak: Alif Teega Kekal Pengakuan Tidak Bersalah
ARTIKEL BERKAITAN: Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”
“Jadi dalam lebih kurang 30 min juga komplikasi, kemudian ada dua pilihan waktu tu. Sama ada Dr cuba push rahim dari atas dan tarik keluar ataupun kena seluk tangan ke dalam.
“Waktu ni, nurse dah tekan-tekan rahim Aisyah, sambil Dr cuba tarik slowly uri keluar. Serious sakit! Beberapa minit juga proses ni sampailah uri betul-betul keluar.
“Memang azab ya rasa dia. Kalau seluk tangan tak tahu lah macam mana. Kalau tak keluar juga mungkin tangan Dr akan kena seluk ke dalam untuk tarik uri keluar,” ujarnya.
Rancang kehamilan
Dinasihatkan untuk merancang kehamilan dalam tempoh jarak jauh, Aisyah berkata dia baru mengetahui risiko uri tertinggal dalam rahim boleh meragut nyawa ibu.
“Rupa-rupanya bahaya bila uri tertinggal dekat dalam sebab boleh risikokan nyawa. Ada juga yang cerita dalam live Aisyah tadi yang dah sampai rumah baru tahu uri tertinggal.
“Memang azab betul proses tu tapi nak tak nak kena keluarkan juga uri. Dr advise untuk jarakkan kehamilan lama sedikit sebab hal-hal macam ni ada kala terjadi kepada ibu yang jarak anak dekat-dekat.
“Aisyah punya anak memang jarak dekat setahun-setahun, jadi sebab itu lepaskan ni kena jarakkan lama sikit sebab takut hal sama terjadi lagi,” katanya.
undefined