HIBURAN
Selamat Melahirkan Anak Kedua, Ain Edruce Minta Suami Belikan Beef Wellington Gordon Ramsay - “Terima Kasih Sayang”
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan anak keduanya.
Bagaimanapun, Ain atau nama lengkapnya Nurulain Edruce mendedahkan bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan Czer kecemasan selepas usaha bersalin secara normal tidak berjaya.
“Hi semua, alhamdulillah saya dah berjaya bersalin, sepatutnya saya bersalin normal dah buka 10cm tapi baby masih kat atas jadi terpaksa buat emergency Czer,”katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Timang ‘Baby Boy’, Ain Edruce Serahkan Tugas Pilih Nama Anak Kepada Suami - “Saya Rasa Dia Teringin Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce Hamil Anak Kedua, Netizen Terhibur Reaksi Suami - “First Time Ni Nampak Mirul Ketawa, Sengih Dengan Ikhlas”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terhibur Lihat Gaya Catwalk Suami Ain Edruce - “Lambai Sampai Ke Sudah”
Mengulas pengalaman melalui prosedur tersebut, Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang bersalin melalui kaedah pembedahan.
Dalam pada itu, Ain turut berkongsi bahawa satu-satunya makanan yang diinginkan selepas bersalin ialah hidangan istimewa daripada chef terkenal, Gordon Ramsay.
“Saya sangat respect dengan wanita yang buat Czer, sangat-sangat sakit, pertama kali saya nak jalan selepas bersalin saya menangis.
“Untuk makan pula satu benda sahaja saya mintak dekat Mirul saya nak makan Beef Wellington daripada Gordon Ramsay dan dia berjaya dapatkan. Terima kasih sayang,” ujarnya.
Untuk info, Ain telah sah bergelar isteri kepada Amirul yang juga merupakan seorang usahawan, pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.
Must-Watch Video