HIBURAN
Bakal Timang ‘Baby Boy’, Ain Edruce Serahkan Tugas Pilih Nama Anak Kepada Suami - “Saya Rasa Dia Teringin Nak…”
Bakal timang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Ain Edruce memberitahu dia menyerahkan tugas sepenuhnya kepada suami untuk memilih nama bayi lelaki mereka.
Menurut selebriti berusia 34 tahun ini, tugas itu diberikan kepada suaminya, Amirul memandangkan dia lebih teruja apabila mengetahui mereka bakal timang anak lelaki.
"Kali ini sebab baby lelaki, kita bagi peluang Amirul beri nama. Amirul cakap, tunggu baby keluar nanti kita cari nama yang sesuai.
"Nama Amirul dah panjang, jadi pilih nama yang pendek sahaja. Yang paling gembira adalah Amirul. Saya rasa dia teringin nak anak lelaki tetapi tidak beritahu saya.
"Pada awalnya saya rasa (baby) anak perempuan, tetapi lepas tahu jantina anak Amirul memang teruja,” katanya kepada Gempak.
Ain berkata demikian selepas ditemui di majlis Aeon Seloka Raya, Balik Kampung Gosip Raya bertempat di Aeon Style Taman Maluri, pada Khamis.
Berkongsi mengenai kerjaya selepas bersalin, Ain berkata kemungkinan dia akan kembali bekerja selepas beberapa bulan.
"Keutamaan saya selepas ada anak memang saya tumpukan pada anak dan kerja yang kedua. Saya nak tunggu anak besar sedikit.
"Saya juga sudah bersedia untuk kurangkan aktiviti seni tetapi tidak berhenti. Saya masih aktif di media sosial seperti biasa,” ujarnya.
Sementara itu, Ain turut mengakui berasa gementar untuk melahirkan anak dalam masa terdekat ini.
Untuk info, Ain telah sah bergelar isteri kepada Amirul yang juga merupakan seorang usahawan, pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.
BERITA BERKAITAN: Netizen Terhibur Lihat Gaya Catwalk Suami Ain Edruce - “Lambai Sampai Ke Sudah”
BERITA BERKAITAN: “Pregnant Pun Hyper” - Buat Trend ‘La La La’ Satu Family, Netizen Tehibur Tengok Ain Edruce Menari
BERITA BERKAITAN: Ain Edruce Hamil Anak Kedua, Netizen Terhibur Reaksi Suami - “First Time Ni Nampak Mirul Ketawa, Sengih Dengan Ikhlas”
BERITA BERKAITAN: Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”
Must-Watch Video