Hiburan
Ain Edruce Hamil Anak Kedua, Netizen Terhibur Reaksi Suami - “First Time Ni Nampak Mirul Ketawa, Sengih Dengan Ikhlas”
Pelakon dan pengacara, Ain Endruce mengesahkan dirinya bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Syukur hamil anak kedua
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Ain menerusi hantaran video terbaharu di akaun TikTok dan beberapa siri foto di Instagram miliknya pada Ahad.Menurut Ain, dia berasa bersyukur dikurniakan anak kedua selepas mengalami keguguran sebelum ini.
“Doakan baby Ain sihat okay. Yang penting @amirul_hafizz bukan main happy eh time gender reveal.. kenapa yeee? Love you daddy @amirul_hafizz and @_itsmesoraya,” tulisnya.“Look ! Soraya gonna be kakak. Alhamdulillah untuk rezeki ini. Awal tahun hari tu aku sedih sangat waktu raya sebab gugur. “Tak pernah aku rasa sedih macam tu dalam hidup aku… Tapi alhamdulillah Allah bagi lagi rezeki untuk kami sekeluarga.
@ain.edruce Alhamdulillah!! Soraya gonna be kakak❤️❤️❤️❤️ Doakan everything goes well okay guys?♬ original sound - NURULAIN BT EDRUCE
Reaksi suami jadi perhatian netizen
Sementara itu di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah buat pasangan itu selain mengusik suaminya yang sebelum ini sememangnya terkenal dengan wajah selamba dalam kalangan netizen.Antara komen yang diterima:
@ByZafirahJalil: “First time ni nampak Mirul ketawa sengih gembira dengan ikhlasnya,”
@magicpizza: “Tahniah! Makin mewarna hidup Mirul hahahahaah,”
@BatrisyiaRamli: Yeay! Kalau team gegirl lagi, habislah daddy kena main spa saloon colour kuku la,”
Terdahulu, April lalu, Ain pernah berkongsi mengalami pendarahan yang teruk sehingga mengakibatkan dirinya keguguran.
Ain dan suaminya yang merupakan seorang usahawan, Amirul Hafiz Mustaffa mendirikan rumah tangga pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Must-Watch Video