Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selamat Tiba Ke Tanah Suci, Emma Maembong Tunai Umrah Dengan Ayoh

Mya Amri
19/03/2019 06:22 MYT
Pelakon Emma Mamembong berangkat ke tanah suci untuk memnunaikan ibadah umrah bersama ayah dan juga kakaknya semalam.

Berita itu dimaklumkan oleh kakaknya, pelakon Yaya Maembong menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian di entri terbaru Yaya, dia mendoakan agar segala urusan Emma dan keluarganya dipermudahkan.

“Selamat menunaikan umrah ayahnda tercinta @emma_maembongofficial @coddy_maembong @qalam_ismail. Semoga dipernudahkan segalanya.

“Melalui ibadah haji dan umrah ini, Allah memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berada dan berpegang kepada agama tauhid yang benar dan kita dibawa untuk menyaksikan bukti-bukti sejarah umat terdahulu di mana sama-sama diseru untuk mengesakan Allah dan menyaksikan kebesaran Allah.

“Moga umrah ini dapat mengenal diri sendiri dan bagaimana seharusnya perlakuan seseorang di hadapan Allah, membimbing kita dalam aktiviti keagamaan untuk mengajar erti kehidupan dan kematian, kelembutan hati, keteguhan iman, pengorbanan dalam kehidupan dan bagaimana menghindarkan diri daripada gangguan dan godaan iblis laknattullah.

“Doakan kami sekeluarga menyusul tahun depan ya,” tulisnya.

Selamt menunaikan Umrah ayahnda tercinta @emma_maembongofficial @coddy_maembong @qalam_ismail Semoga dipernudahkan segalanya. Melalui ibadah haji dan umrah ini, Allah memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berada dan berpegang kpd agama tauhid yang benar dan kita dibawa untuk menyaksikan bukti-bukti sejarah umat terdahulu dimana sama-sama diseru untuk mengesakan Allah dan menyaksikan kebesaran Allah. Moga unrah ini dpt mengenal diri sendiri, dan bagaimana seharusnya perlakuan seseorang di hadapan Allah, membimbing kita dlm aktiviti keagamaan untuk mengajar erti kehidupan dan kematian, kelembutan hati, keteguhan iman, pengorbanan dalam kehidupan dan bagaimana menghindarkan diri daripada gangguan dan godaan iblis laknattullah. Doakan kami sekeluarga menyusul tahun depan yaa?

A post shared by yaya maembong (@yaya_maembong) on


Dalam pada itu, meneneru entri terbaru di akaun Instagram Emma, aktres itu berkongsi foto terbaru bersama ayah.

Ayoh ❤️ @v_hijrah

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on


Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan Emma sentiasa diberikan kesihatan yang baik selain perjalanan ibadahnya berjalan lancar.

Foto: Instagram @emma_maembongofficial / @yaya_mamembong
#pelakon #Emma Maembong #Umrah #Pelakon #Emma Maembong