Penyanyi popular Hollywood, Selena Gomez memberikan hadiah istimewa buat anak kedua rapper Cardi B yang kini berusia sebulan.

Cardi B baru-baru ini berkongsi rasa gembira dengan menunjukkan 'lambakkan' hadiah yang dikirim Selena kepada anaknya itu.

Bukan sahaja memberi hadiah kepada bayi lelaki itu, malah Selena juga memberi beberapa snek untuk Cardi B sendiri.

"Saya terima bakul cantik ini untuk 'Sun Sun' bersama bear dari Selena Gomez.

"Comelnya, ada juga untuk saya, tahu tahulah bila nak tidurkan baby waktu malam, saya memang rasa lapar," kata Cardi B teruja dalam sebuah video.



Terdahulu, menerusi pengumuman di Instagram, Cardi B memaklumkan anak lelakinya yang masih belum didedahkan nama itu dilahirkan pada 4 September lalu.

Cardi B atau nama sebenarnya Balcalis Almanzar, 29, berkahwin dengan Offset pada tahun 2017.

Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan sebelum ini iaitu Kulture.

Dalam pada itu, Cardi B juga memiliki tiga anak tiri, hasil perkahwinan Offset atau nama sebenarnya Kiari Cephus sebelum ini.

Sumber: HollywoodLife