Berita
“Selepas 3 Bulan Tak Beroperasi, Kami Mula Bergerak Balik”- Altimet
Penyanyi Altimet bersyukur kerana akhirnya kedai gunting rambut miliknya, Joe’s Barber yang terletak di Shah Alam dibuka semula selepas tiga bulan tidak beroperasi.
Altimet meyakinkan pelanggannya bahawa kedainya sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaaan.
“Syukur, kami masih disini. Lepas kurang lebih 3 bulan tak beroperasi, kami mula bergerak balik.
“Jemput datang abang-abang dan adik-adik, kita kasi settle serabai kusut tu semua.
“Kedai kami sentiasa ikut SOP kerajaan, segala langkah kebersihan dan keselamatan kami ikut 100 peratus,” katanya.
Altimet berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya di hadapan kedai.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang teruja untuk ke kedainya.
Must-Watch Video