Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas 4 Tahun Poster Filem Mulan Sudah Diturunkan, Netizen - “Lepas Viral Baru Jalan”

Umirah Halim
07/07/2024 11:55 MYT
Tular baru-baru ini sekeping gambar memaparkan iklan filem Mulan yang dikatakan lapuk dan didakwaberusia 4 tahun masih dipamerkam di stesen MRT tersebut.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik akaun @RakyatAduan, dapat dilihat pengguna tersebut mengkritik tindakan pihak pengurusan berkaitan yang dikatakan malas dan tidak menggunakan kemudahan dengan sebaiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Iklan 4 Tahun Lalu Masih Melekat Di Stesen MRT, RapidKL Beri Respons

​ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Bukan Islam, Lelaki Ini Disuruh Tukar Tempat Duduk Dalam MRT - "Lepas Tu Cakap ..."

“Iklan lapuk berusia 4 tahun masih dipamerkan di stesen MRT. Ini bermakna empat tahun hasil sia-sia, yang boleh digunakan untuk menambah baik kemudahan. @MRTMalaysia, adakah anda benar-benar malas? Malah skrin iklan digital tidak pernah digunakan @askrapidkl,” tulisnya.

Poster sudah diturunkan

Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian individu lain di akaun X, dapat dilihat poster usia 4 tahun itu sudahpun diturunkan.

Malah, individu tersebut turut memaklumkan bahawa aduan mengenai isu tersebut telah dibuat dan masih dalam proses tender sebelum perkongsian itu tular.

Reaksi netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan pendapat masing-masing mengenai isu ini.

Ada yang mengkritik dan ada juga yang meninggalkan cadangan buat penambahbaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Mengamuk Bas MRT Tak Buka Pintu Ketika Berhenti, Netizen Back-Up Pemandu - “Nampak Sangat Terpaling…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Bayi Menangis Dalam MRT, Semua Pakat Selawat Ramai-Ramai

“Benda ni tak perlu viral, tak perlu tunggu orang report kot. Property sendiri, sendiri facilitate. Sepatutnya, setitik air tumpah pon management dah kena tau. Bukan nak tunggu orang jatuh terlentang.Seperti pahat dengan penukul.

“Benda kat Malaysia ni lepas viral baru jalan.

“Lepas complaint baru ada action.

“Letak la muka atler olimpik pula,” komen beberapa netizen.

#Viral #Netizen #MRT #Mulan #Poster #diturunkan