Hiburan

“Selepas 4 Tahun Tak Putus Berdoa, Allah Makbulkan, Alhamdulillah..."- Isteri Ruzaini Jamil Hamil, Rizman Ucap Tahniah!

gempak
Fiza Kamarudin
08/06/2020
11:39 MYT
Sponsor Banner
“Selepas 4 Tahun Tak Putus Berdoa, Allah Makbulkan, Alhamdulillah..."- Isteri Ruzaini Jamil Hamil, Rizman Ucap Tahniah!
Isteri kepada pereka fesyen jenama terkenal (Rizman Ruzaini), Ruzaini Jamil iaitu Hidayati Yahya atau Deq Da kini hamil empat bulan.
Berita gembira tersebut dikongsi Ruzaini atau Wan Ruzaini Wan Jamil menerusi sebuah perkongsian di laman sosial Instagram (IG) pada petang, Isnin.
Rizman turut memanjatkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT buat dirinya dan isteri.
Tiada kata setinggi bahasa yang dapat kami coretkan untuk digambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki terbesar dari Allah S.W.T kepada kami.
“Empat tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan-rakan dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan empat bulan yang lalu. “InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut.
“Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal.
“Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga.
“Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama,” tulisnya. Sementara itu, rakan kongsi Ruzaini, Rizman Nordin turut meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar semua urusan sabatnya itu dipermudahkan.
“Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam yang maha ADIL lagi SAKSAMA. Sesungguhnya perancangan Allah itu begitu indah.. mengurniakan pada hamba-hambaNya yang memohon, tepat pada masanya.
"ALLAHUAKBAR.. tidak tercapai dek akal, tidak terungkap dek kata-kata. Mereka berdua insan yang berhati mulia.. tak pernah berkira dan sentiasa ada bersama..di kala susah mahupun senang...
“Dipanjatkan rasa syukur dan tahniah buat abang dan kakak saya @jamil.ruzaini & @deqda,semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada di bawah pelindungan dan jagaanNya. Amin amin ya rabbalalamin,” tulisnya.
Laman sosial dua sahabat baik itu dilimpahi ucapan tahniah daripada warga net termasuk rakan-rakan artis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live