Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Selepas 6 Bulan Bercinta, Lim Ji Yeon & Lee Wook Berpisah

Amri Hassan
31/07/2018 08:08 MYT
Selepas kira-kira enam bulan bercinta, pelakon Lim Ji Yeon dan Lee Wook mengambil keputusan untuk berpisah.

Menurut sumber dari agensinya Huayi Brothers, Lim Ji Yeon dan Lee Wook telah putus cinta baru-baru ini.

"Amat sukar untuk agensi memberi komen mengenai punca utama mereka berpisah kerana ia adalah kehidupan peribadi," katanya kepada Soompi.

Lim Ji Yeon dengan Lee Wook menjalinkan hubungan percintaan pada bulan Januari lalu.

Bagi perkembangan lain, aktres itu bakal memulakan penggambaran untuk filem Tazza 3 dan juga akan muncul dalam drama Mojito.


Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi
#pelakon #Kpop #Pelakon #Lim Ji Yeon