Laman Utama
“Selepas 6 Jam Negatif Pulak”- Test Kit Covid-19 Barubah Dari Positif, Aaron Aziz Buat Ujian PCR
Pelakon Datuk Aaron Aziz memaklumkan keputusan ujian kendiri yang dilakukan kali kedua berubah selepas enam jam disahkan positif Covid-19.
Pun begitu bagi mendapatkan keputusan yang tepat, Aaron Aziz, 46, telah membuat ujian RT-PCR (PCR).
“Kali kedua ujian selepas enma jam negatif pula.
“Tapi tadi dah buat swab PCR test sebelum balik rumah. Jadi esok(hari ini) baru akan keluar keputusan yang tepat,” katanya.
Pelakon Adam & Hawa itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Aaron reda dengan apa jua keputusannya nanti.
“Insya-Allah apa pun keputusannya saya terima dan bersyukur,” katanya akur.
Terdahulu dalam entri di IG miliknya menunjukkan keputusan kit ujian kendiri yang mengeluarkan dua garis yang bermaksud positif covid-19.
“Selepas pelakon lain kena, hari ni saya pulak kena. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan lindungi Isteri dan anak anak saya serta orang kuat saya @fairiekhalil yang selalu berada disebelah saya mana-mana saya pergi.
“Terima Kasih atas doa doa anda. Saya juga doakan kepada mereka yang jugak positif semoga Allah permudahkan segala urusan anda juga… Ameen,” tulisnya dalam kapsyen sebelum ini.
Must-Watch Video