Bapa mentua kumpulan UNIC, Fakhrul iaitu Sohimi Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12 tengah malam tadi.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Fakhrul atau nama sebenarnya, Mohd. Fakhrul Radi Khamaruddin di akaun Instagram miliknya.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Ayahanda mertua saya Sohimi Ahmad dah kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam tadi.

“Moga Allah mudahkan perjalanan Abah dunia akhirat. Mohon doakan Abah,” beritahunya.

Menerusi entri tersebut, Fakhrul berkongsi perbualannya bersama keluarga iparnya yang mengesahkan berita duka tersebut.

Beberapa hari lalu, Fakhrul ada berkongsi mengenai perkembangan kesihatan bapa mertuanya yang dirawat di Unit Rawatan Khas (ICU).

“Tadi bincang dengan doktor mereka mahu periksa paru-paru. Nak tengok dahulu sama ada perlu tebuk atau tidak,” kata adik iparnya sebelum ini.

Pun begitu, Fakhrul tidak berkongsi lanjut mengenai penyakit yang dihidapi bapa mertuanya.

Fakhrul menerima banyak ucapan takziah dari pengikutnya di laman sosial selain meminta agar dia dan keluarga kuat menerima dugaan tersebut.