Hiburan
Hati Wanna Ali Sudah Dimiliki, Ada Perancangan Untuk ‘Next Step’ - “Saya Rasa Tenang Dengan Dia Sebab…”
Pelakon Wanna Ali mengakui hatinya telah diisi oleh seorang jejaka yang dikenalinya sejak setahun lalu.
Kata Wanna, cinta hatinya itu bagaimanapun bukan daripada industri seni.
BERITA BERKAITAN: Pernah Dikecam Teruk Upload Gambar Dengan Fattah Amin, Wanna Ali Lebih Hati-Hati - "Sejak Itu, Saya Sedar Perlu Lebih Peka ..."
BERITA BERKAITAN: Wanna Ali Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Ketika Di Set Pengambaran - “Sebenarnya Kalau Di Set Dia Suka….”
"Betul… saya bukan single dan sudah ada kekasih hati. Dia (kekasih) bukan anak seni sebaliknya orang biasa.
“Impian saya sebenarnya memang kalau boleh tak mahu berpasangan dengan pelakon atau yang datang dalam industri yang sama. Sebab saya mahukan 'privacy' sikit.
“Kalau dua-dua daripada bidang sama, ramai nak tahu pasal kita. Kebiasaannya begitu. Saya dan dia memang ada niat untuk ke perjalanan seterusnya. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik," katanya kepada Gempak.
Kata pelakon berusia 26 tahun ini, dia sentiasa berhati-hati dalam membicarakan perihal peribadinya .
Katanya lagi dia juga cuba mengelak untuk 'bercakap besar' kerana tidak tahu apa berlaku pada masa akan datang.
"Secara jujurnya, kalau ramai perasan saya jarang 'update' kisah peribadi saya di IG. Semuanya yang saya kongsi mengenai kerja saya.
"Selain mahukan 'privacy' saya takut nak terlalu terbuka mengenai kisah peribadi saya. Saya lebih selesa begini. Lebih selesa hanya sekadar kongsi hal-hal kerja di IG," ringkasnya.
Kata Wanna lagi dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan wajah kekasih hatinya itu.
Sebaliknya, Wanna lebih gembira dan bersyukur kerana memiliki kekasih hati yang memahami.
"Alhamdulillah, dia sangat memahami. Saya rasa tenang dengan dia sebab dia faham kerja saya (kekasih).
"Jadi itu semua buatkan saya selesa dengan dia. Dia memang baik orangnya," katanya.
Wanna atau nama sebenarnya Nur Syazwana Mohd Ali, memberitahu, dia akan cuba menjaga namanya agar keluarga kedua-dua belah pihak tidak terjejas.
"Saya aku dalam dunia seni kalau kita silap langkah bukan nama kita sahaja buruk. Nama keluarga kita buruk dan nama keluarga lelaki yang saya berkawan juga mungkin akan terpalit.
"Jadi kalau boleh saya memang mahukan perjalanan seni saya baik-baik untuk tahun ini," akhiri Wanna.
Must-Watch Video