Hiburan
Selepas Fattah Amin, Fazura Pula Menang Anugerah Keusahawanan
Aktres jelita Nur Fazura telah memenangi anugerah 'The Most Promising Fashion Brand' dan 'Celebrity Entrepreneur Couple of the Year' yang dimenangi bersama suaminya, Fattah Amin.
Fazura berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Fazura, dia berasa bersyukur dengan penghargaan yang diterima itu dan mengucapkan terima kasih kepada rakan serta peminat yang tidak henti memberi sokongan terhadapnya.
Advertisement
"Saya berasa rendah diri untuk menerima dua anugerah ini, ia menjadi satu motivasi kepada saya dan Fattah untuk berusaha lebih keras mencapai kejayaan.
"Perjalanan kami masih panjang dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari.
"Kami bersyukur kerana mempunyai rakan dan peminat yang setia menyokong kami," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fazura mengucapkan tahniah kepadanya dan mendoakan kejayaan di masa akan datang.
Oktober lalu, Fattah telah menerima anugerah 'Top 100 Most Influential Young Entrepreneur 2018'.
Fazura dan Fattah mula mendirikan rumah tangga pada 27 November tahun lalu, pasangan ini sering menjadi perhatian apabila sama-sama membuat kemunculan di acara besar tempatan.
Must-Watch Video