Hiburan

Selepas Gigi Hadid, Camila Cabello... Kini Giliran Neelofa Pula Disolek MUA Terkemuka, Patrik Ta!

gempak
Kamaruddin Razal
04/03/2020
16:53 MYT
Sponsor Banner
Selepas Gigi Hadid, Camila Cabello... Kini Giliran Neelofa Pula Disolek MUA Terkemuka, Patrik Ta!
Pelakon dan hos popular, Neelofa menerima sentuhan emas daripada jurusolek terkenal antarabangsa, Patrick Ta sempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis baru-baru ini.
Pengusaha jenama Naelofar itu berkata, dia berasa sangat teruja disolek oleh Patrick sempena acara tersebut memandangkan individu itu merupakan jurusolek ternama yang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model terkenal.
"Sebelum ini, saya kerap melihat 'glamazon look' hasil solekan Patrick pada model dan selebriti di media sosial. Kini saya pula berpeluang disolek oleh Patrick sempena acara fesyen Louis Vuitton kali ini.
"Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020," ujar Neelofa.
Mempunyai seramai 1.8 juta pengikut di laman Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri kecantikan.
Antara model dan selebriti yang kerap menggunakan khidmat Patrick Ta termasuklah Gigi Hadid, Chrissy Teigen dan Camila Cabello.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live