,
Hiburan

Selepas Hampir 2 Tahun Berehat, Mawar Rashid Kembali... Tapi Kali Ini Lebih Seram!

Kamaruddin Razal
18/10/2019
22:00 MYT
Pelakon Mawar Rashid kembali memeriahkan industri lakonan selepas hampir dua tahun tidak menjayakan sebarang watak.
Menurut Mawar, dia bersedia untuk kembali ke set penggambaran selepas anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael berusia tujuh bulan.
"Sebenarnya, sudah hampir dua tahun saya tidak berlakon. Saya mendirikan rumah tangga, selepas itu melalui proses kehamilan dan kini sudah mempunyai seorang anak.
"Sejujurnya, saya tak tetapkan masa bila saya mahu berlakon semula kerana saya mahu melahirkan bayi. Saya sendiri tak tahu perasaan menjadi seorang ibu bagaimana.
"Kini, anak sudah menginjak usia tujuh bulan dan saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan. Saya juga tak risau kerana ibu membantu untuk menjaga anak saya.
"Alhamdulillah, saya kembali ke set penggambaran menerusi telefilem seram yang bersiaran di slot Citra Exclusive berjudul Penaklukan Syaitan arahan Michael Ang," kata Mawar.
Tambah isteri kepada Raf Yaakob ini, dia menerima tawaran ini kerana mahu bekerja bawah arahan Michael.
"Bila dapat tawaran, saya berfikir sejenak. Lebih-lebih lagi karya ini merupakan karya seram. Saya pula sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.
"Tiba-tiba. kembali berlakon dengan naskhah seram arahan Michael. Dia pula merupakan seorang pengarah yang teliti.
"Tapi, disebabkan saya nak sangat bekerja dengan Michael, saya terima sahaja tawaran ini.
"Dulu, saya hampir bekerjasama dengan Michael menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella tetapi akhirnya saya terpaksa tolak kerana kekangan jadual," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Mawar bakal digandingkan dengan pelakon Hisyam Hamid dalam sebuah drama bersiri 20 episod yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.
Jangan lupa saksikan telefilem Penaklukan Syaitan di slot Citra Exclusive yang bakal bersiaran hari ini, (19 Oktober), pada jam 9 malam di Astro Citra (131) dan Citra HD (126).
Selain Mawar, telefilem ini turut dijayakan oleh Ben Amir, Nadya Syahera, Sharifah Shahora, Norlia Ghani, Alif Muhaimin dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
BorakSeeni