Baru-baru ini, tular isu jaket jenama Zara yang dipakai oleh Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ramai yang membuat tanggapan bahawa jaket yang bertulis “I don’t really care, do you?” itu melambangkan sikap Melania yang tidak ingin mengambil peduli tentang isu pemisahan keluarga warga asing di Amerika Syarikat kerana dia memakainya ketika menghadiri salah satu acara berkaitan isu tersebut.

Setelah beberapa minggu, Melania akhirnya membuat kenyataan bahawa dia akan berjuang menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut sumber, isteri kepada Melania itu telah tersentuh hati selepas bertemu bersama kanak-kanak warga asing tersebut beberapa minggu yang lalu.

Dia menjadikan kempen “Be Best” yang diketuainya sendiri sebagai platform utama perjuangan dalam isu tersebut.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Hollywoodlife.com