gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kontroversi Anak Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Selamat Bersalin! DJ Panda Titip Doa Menyentuh Hati - “Kehadiran Mu Adalah Bukti…”
HIBURAN
Demi Sebuah Karya ‘Agung’ Melly Goeslaw, Misha Omar Nekad Untuk…
HIBURAN
Viviana Lin, Wanita Iban Pertama Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Selepas Kelawar, Tenggiling Sumber Sebar Koronavirus?

Mya Amri
Mya Amri
08/02/2020
02:22 MYT
Sponsor Banner
Selepas Kelawar, Tenggiling Sumber Sebar Koronavirus?
Wabak koronavirus yang membawa maut di China dipercayai disebarkan melalui kelawar kepada manusia kini dikatakan berpunca daripada tenggiling yang diseludup lapor Awani.
Haiwan berkenaan merupakan sumber makanan dan ubat-ubatan tradisional berharga di Asia.
"Penemuan terbaru itu akan menjadi langkah sangat penting untuk mengawal sumber asal virus itu.
"Urutan genom koronavirus tersebut yang dipisahkan daripada spesies tenggiling adalah 99 peratus sama dengan yang dikesan pada individu yang dijangkiti.
"Hasil penyelidikan itu mendapati tenggiling dipercayai sebagai sumber penyebaran virus itu," lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan penyelidik di South China Agricultural University yang mengetuai kajian tersebut.
Sementara itu, profesor perubatan veterinar di Universiti Hong Kong, Dirk Pfeiffer memberi amaran bahawa kajian itu masih belum jelas untuk membuktikan tenggiling telah menyebarkan virus itu.
"Anda hanya boleh buat kesimpulan lebih pasti jika membandingkan kelaziman antara spesies berbeza berdasarkan sampel.
"Dalam kes ini, ia hampir tidak sah. Kaitan manusia dengan Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan juga masih perlu dibuktikan," jelasnya.
Sebelum ini, dua kajian diterbitkan awal minggu lalu menerusi jurnal Nature mendapati asal usul virus tersebut dibawa kelawar yang dijual secara terbuka di pasar haiwan liar dan disebarkan kepada manusia.
Difahamkan, tenggiling adalah salah satu daripada mamalia yang sering diseludup di Asia walaupun dilindungi undang-undang antarabangsa.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
#Koronavirus
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement