Pelakon Fahad Iman berkongsi foto ujian calitan COVID-19 yang menunjukkan keputusan negatif.

Menurut Fahad, dia telah melakukan ujian itu sebanyak dua kali selain menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Saya menjalani kuarantin kendiri sejak minggu lalu, saya juga melakukan ujian calitan awal minggu ini diikuti satu lagi ujian hari ini (Ahad).

"Alhamdulillah, kedua-dua ujian menunjukkan keputusan negatif," kongsinya di Instagram semalam.

1 Ogos lalu, Gempak melaporkan Fahad Iman dikaitkan netizen dengan perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' di sekitar Dataran Merdeka pada 31 Julai yang dianjurkan bagi menunjukkan solidariti rakyat.

Malah menerusi tinjauan Gempak di laman sosial Instagram, Fahad turut memuat naik beberapa foto ketika menyertai perhimpunan aman tersebut.

BACA: Fahad Iman Pelakon Dimaksudkan Sertai 'Perhimpunan Keluar & #Lawan'?

A post shared by Fahad Iman ? (@fahadiman)