Hiburan

Selepas Siti Nurhaliza, Zul Huzaimy & Syafinaz Pula Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Aswara

gempak
Amri Hassan
13/05/2020
06:58 MYT
Sponsor Banner
Selepas Siti Nurhaliza, Zul Huzaimy & Syafinaz Pula Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Aswara
Pelakon Zul Huzaimy dan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berkuat kuasa 1 Mei 2020.
Menerusi hebahan media dari Aswara, selain dua figura hebat itu, pihaknya turut melantik Ketua Pengarah. Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharu.
Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah dilantik menjadi salah seorang dari Ahli Lembaga Pengarah Aswara sekitar 2018.
Zul Huzaimy antara pelakon, penulis lirik, komposer dan pengarah yang bergiat aktif sejak 1997 lagi.
Pelakon Pembantu Terbaik FFM 21 itu pernah mencuri perhatian dalam pelbagai naskhah hebat antaranya Embun, KL Menjerit dan Mat Moto.
Manakala, Datuk Syafinaz merupakan penyanyi, konduktor muzik dan guru vokal yang tidak asing lagi di Malaysia.
Mula bergelar anak seni sejak 1989, Syafinaz pernah melahirkan beberapa album dan terbabit dalam beberapa pementasan teater seperti Rubiah dan The Adventures of Sinbad.
Tahniah diucapkan kepada Ahli Lembaga Pengarah Aswara yang baru.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024