Selepas suami dan enam anaknya disahkan positif COVID-19, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam pula dijangkiti wabak berkenaan.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya sekitar awal pagi tadi.

Rebecca memohon orang ramai untuk mendoakan agar kesihatan dia dan keluarga kembali sihat seperti biasa.

"Pada awalnya saya negatif, akhirnya saya juga disahkan positif COVID-19 setelah menjaga suami dan anak-anak tercinta.

"Doakan kan saya serta seluruh keluarga sihat seperti sedia kala ya semua, secara jujur saya juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir dengan sekelip mata segalanya dari Sang Pencipta.

"Terlalu laju, bahaya sangat COVID-19 ini, kesian tengok suami dan anak-anak semua," kongsinya.

Justeru, meskipun negatif pada mulanya, Rebecca tidak sampai hati melihat keadaan mereka lalu terpaksa bercampur dengan suami dan anak-anaknya untuk urusan memberi ubat dan sebagainya.

"Saya tak sampai hati dan terpaksa masuk bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan sebagainya.

"Demi anak-anak dan suami yang terlalu lemah, saya cuba kuatkan diri dan akhirnya malam tadi saya juga disahkan positif COVID-19," kongsinya lagi.

A post shared by ❤️AllahSwt❤️BBA student ??‍? (@rebeccanuralislamahmad)


Pada 8 Julai, Rebecca memaklumkan suaminya, Datuk Norazam, enam anak serta tiga pembantu mereka disahkan positif COVID-19.

Rebecca ketika itu juga memberitahu bahawa keadaan suaminya agak sedikit teruk berbanding yang lain.

BACA: "Suami, Anak Enam Orang Positif COVID-19" - Rebecca Nur Al Islam Mohon Doa