Laman Utama

Selepas Tomok Buat Laporan Polis, Penganjur Konsert 4G’s Dedah Tak Terima Duit Penjualan Tiket RM100,000!

gempak
Syafiqah Jalal
16/06/2023
23:40 MYT
Sponsor Banner
Selepas Tomok Buat Laporan Polis, Penganjur Konsert 4G’s Dedah Tak Terima Duit Penjualan Tiket RM100,000!
“Sebenarnya kami yang menasihati mereka untuk membuat laporan polis supaya tidak lagi ditanya peminat,” kata penerbit konsert yang juga Ketua Esksekutif Belbis Sdn Bhd, Fendy Alias selepas didakwa telah menangguhkan Konsert 4G’S terlalu lama iaitu sejak tiga tahun lalu lagi.
Dedah Fendy, pihak mereka sendiri runsing kerana duit penjualan tiket menerusi Redtix Sdn. Bhd. yang berjumlah RM100,000 sehingga kini belum dikembalikannya kepadanya.
Pun begitu Fendy berjanji akan membayar kembali duit penonton yang membeli tiket jika konsert yang menampilkan empat penyanyi lelaki hebat Tomok, Hazama, Black Hanifah dan Akim Ahmad itu jika mereka terima duit penjualan tiket berkenaan.
“Kami belum dapat apa-apa bayaran lagi daripada Redtix. Semua wang hasil penjualan tiket yang bernilai hampir RM100,000 itu ada pada mereka.
“Redtix pernah keluar notis untuk siapa yang nak refund boleh isi form tapi tak berlaku walaupun mereka dah buat seperti yang diarahkan.
“Kita rela refund, tapi Redtix sampai sekarang hilang tanpa khabar berita.
"Kita minta peminat bersabar sehingga kita dapat kembali duit dari pihak ticketing redtix yg sehingga sekarang masih belum dapat walau satu sen.
"Bagi peminat yang telah membeli tiket diharapkan tetap menyimpan bukti pembelian,” jelasnya.
Kata Fendy, sehingga kini dia masih belum nampak bayang bahawa konsert itu akan berlangsung seperti yang dirancang selepas terkesan dengan pandemik virus Covid-19 sebelum ini.
“Sebenarnya kita tak nak cancel dulu, tapi bila dah pandemik ini…kita juga dah terkesan.
"Malah selepas bulan Disember tu kita rancang untuk teruskan pada April kemudian Julai 2021 tapi tak berjaya juga kerana masih dalam pendemik.
“Lagipun hendak mengumpulkan balik penyanyi ini dalam satu tarikh yang lain juga agak usah sebab mereka ada komitmen masing-masing,” ujarnya.
Terdahulu penyanyi, Tomok bersama tiga rakannya, iaitu Hazama, Black Hanifah dan Akim Ahmad membuat laporan polis berhubung Konsert 4G's yang masih tertangguh sehingga ke hari ini.
Tomok yang mewakili rakan-rakannya itu memohon agar pihak penganjur dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Terdahulu, Konsert 4G's sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur namun, ditangguh ke tarikh 11 dan 12 Disember, tahun sama.Bagaimanapun, ia masih lagi tidak berlangsung seperti dijadualkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live