Penyanyi Rock, Datuk Hattan berpendapat genre muzik untuk lagu artis generasi baharu atau dalam istilah lain dipanggil Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) terlalu ‘tangkap leleh’.

Menerusi laporan HLive!, Hattan berharap syarikat-syarikat rakaman dapat membuat pembaharuan mengenai perkara itu.

“Sepatutnya peluang ini kena seimbang dan dibahagikan kepada mereka. Saya tak faham kenapa lagu mereka kembali kepada yang meleleh-leleh?

“Saya ingatkan benda akan terus ke depan… Tetapi hanya sebahagiannya sahaja, tidak semua.

“Come on man this is 2019, saya tengok banyak BBNU berimej seluar ketat tetapi lagu leman. Syarikat-syarikat rakaman tolonglah.

“Kalau semua benda sama secara tak langsung kita akan bunuh kreativiti orang lain kerana kita disuapkan dengan Leman all the way. Untuk BBNU, anak muda yang baru ini harus lebih berani lagi, ujarnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).