Hiburan
Semakin Mendonia! Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Kambing Perap - “Saya Harap Dia Mampu…”
Pelakon, Fattah Amin diumumkan bakal memegang portfolio Ketua Eksekutif Pemasaran sebuah jenama produk makanan daging kambing perap popular tanah air.
Berita tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Menerusi hantaran tersebut, pemilik Pak Mat Western Group yang hanya dikenali sebagai Pak Mat berharap pelakon yang popular dengan drama Suri Hati Mr. Pilot itu dapat memikul jawatan tersebut dengan penuh cemerlang.
“Tahniah Fattah Amin diatas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group.
“Semoga beliau mampu untuk merancang dan melaksana pembangunan usahawan Pak Mat Western serta merangka strategi jualan yang relevan melalui media massa & media sosial.
“Saya harap Fattah mampu pikul amanah jawatan dengan penuh cemerlang. See you at work” kata pemilik Pak Mat Western Group pada ruangan kapsyen.
Gempak juga berjaya mendapatkan pengurus kepada Fattah Amin, Sakirin Acha untuk mengesahkan berita tersebut.
Acha mengesahkan pelantikan Fattah dan berkata perjalanan karier seni pelakon itu masih tetap diteruskan.
"Masih," jawab Acha secara ringkas.
Berita itu disambut baik oleh peminat Pak Mat Western dan juga peminat-peminat Fattah Amin.
Menjengah ke ruangan komen, peminat-peminat mengucapkan tahniah kepada pelakon kacak itu atas pelantikannya sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran .
“Wowwww serios lah? Alhamdulillah tahniah Fattah.
“Alhamdulillah syukur! Tahniah Fattah Amin, rezeki sentiasa datang pada waktu yang tepat .. semoga terus success & fly high!
“Fuhh padu lah! Tahniah.
“Mendonia bamtahhh, tahniah.
“Alhamdulillah murah rezeki dia,” kata netizen di ruangan komen.
Sekadar info, Fattah Amin sebelum ini pernah membuat beberapa kemunculan untuk kandungan sosial media Pak Mat Western disamping turut menjadi pengacara untuk jualan di Tiktok Live.
Must-Watch Video