Bukan lagi tabo, Arab Saudi tidak lagi mengharamkan rakyatnya meraikan perayaan atau pesta Halloween.
Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan akronim dari dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow), iaitu hari kebesaran (raya) Katolik.
Tentunya ia bukan budaya yang sepatutnya diikuti, apa lagi di negara Islam seperti Arab Saudi.
Namun, menjelang perayaan Halloween yang biasanya disambut pada penghujung Oktober, generasi muda terutama di Riyadh dilihat sudah mula meraikan pesta ini dengan pelbagai kostum.
“Arab Saudi sudah berubah,” kata pelajar jurusan kewangan, Abdulaziz Khaled, 23, kepada The New York Times.
Dia mengaku tidak sabar memakai kostum ahli sihir dan merayakan Halloween bersama rakan rakannya.
Itu juga yang diakui oleh pasangan saudara Yaser al Hazzazi dan Yahya; yang masing masing sudah mempunyai kostum ‘ngeri’ pilihan masing masing.
Mereka mengaku, selama 21 tahun membesar di Arab Saudi mereka tidak pernah meraikan Halloween, atau apapun perayaan lain tidak berkaitan dengan agama dan budaya Islam.
Namun kini, di negara Islam yang konservatif ini, mereka sudah bebas merayakan perayaan Halloween, apa lagi tahun ini, ibu negara Arab, Riyadh ‘sudah berubah’ menjadi seperti rumah hantu dengan banyaknya generasi kini memakai kostum hantu, perompak dan bermacam lagi.
Berikut rakaman foto foto di sekitar Riyadh yang menyambut Halloween buat kali kedua dalam sejarah negara mereka.
Maliah Surip
Sun Oct 30 2022


Azhan Rani Mohon Maaf Tersilap Balas Komen Peminat - “Tiada Langsung Sekelumit Niat Untuk Mempersenda”
Azhan tak sengaja la...

Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.