Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Semangat Faisal Halim Untuk ‘Comeback’, Dah Mula Buat Persiapan - “Bangkit Kerana Beribu Peminat Menyokong Anda!”

Asyikin Mayudin
07/08/2024 01:50 MYT
Kemunculan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang beraksi di separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu lalu mendapat sokongan penuh peminat.

Buat Persiapan

Terbaharu, tular video di TikTok memperlihatkan ketangkasan dan kecergasan Faisal sedang melakukan beberapa senaman untuk menguatkan semula fizikalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sujud Syukur, Pakai Topeng Khas… Faisal Halim Kembali Ke Padang Selepas 3 Bulan Berehat

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Sedih & Terkesan Dengan Keputusan Kim Pan-gon Letak Jawatan - “Saya Masih Ingat Dua Bulan Lepas Jurulatih Datang Ke Hospital & Berikan…”

Menerusi kapsyen di perkongsian di TikTok akaun bernama Khansem mengatakan bintang bola sepak itu sedang melakukan persiapan untuk kemunculan semula.

“Faisal Halim, comeback journey,” tulisnya secara ringkas.

Rata-rata warga maya turut memuji kesungguhan dan semangat Faisal atau dikenali sebagai Mickey yang mahu kembali beraksi di padang bola sepak.

Kata Semangat

“Dah boleh minta Steven pengarah Paskal buat filem... FAISAL HALIM: UNTOLD STORY.

“Sesuai lagu Rocky balboa ni untuk Mickey bangkit semula. Jatuh satu kali, bangkit lima kali, bagaikan burung phoenix bangkit dari abu.

“Sentiasa di belakang Faisal Halim mendoa dan memberi sokongan, bangkit kerana beribu peminat menyokong anda Faisal Halim!” komen beberapa warga maya.

Terdahulu, kehadiran Faisal di bangku simpanan mencetuskan kebangkitan luar biasa buat Red Giants apabila mengatasi TFC 4-1 sekali gus mara ke final Piala FA hasil kejayaan 6-4 secara agregat.

ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump Ditembak Pemuda 20 Tahun, 3 Kes Serangan Ini Jadi Sejarah Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

Kemenangan 4-1 ke atas Terengganu FC (TFC) untuk mengesahkan tempat ke final Piala FA musim ini juga memberi satu lagi gambaran positif dan Faisal kini nekad untuk menggandakan usahanya supaya dapat kembali beraksi seperti sedia kala.

Walaupun sekadar berada di bangku simpanan, kelibat Faisal yang turut mengenakan topeng khas sudah menghadirkan kegembiraan buat seluruh peminat bola sepak negara.

13,370 penyokong dihidangkan dengan aksi penuh berkualiti sepanjang 90 minit permainan daripada kedua-dua pasukan, malah peminat TFC juga begitu teruja menyaksikan kehadiran Faisal selepas pulih daripada kecederaan lecur akibat simbahan asid awal Mei lalu.

undefined
#Simbah Asid #Selangor FC #Faisal Halim #Faisal Halim comeback #Semangat Faisal Halim