Fungsi AirDrop pastinya paling banyak digunakan dalam komuniti pengguna telefon pintar iPhone.

Ciri berkenaan menjadi kaedah paling mudah dan pantas untuk memindahkan data atau fail biarpun dalam kapasiti besar.

Namun, tahukah anda penyelidik daripada Technical University of Darmstadt (TUD), Jerman telah melaporkan bahawa sistem AirDrop mempunyai masalah privasi.

Perkara itu dikatakan telah dimaklumkan pada tahun 2019.

Menurut laporan data itu, sebanyak, 1.5 bilion pengguna Apple terdedah dengan kerentanan yang terdapat pada AirDrop.

Difahamkan juga pihak TUD telah pun menyuarakan isu tersebut terhadap Apple.

Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak Apple dikatakan masih berdiam dan tidak membuat tindakan lanjut.

Jelas TUD lagi, penggodam boleh menyerang pengguna AirDrop dengan hanya menggunakan WiFi dan berada dekat dengan lokasi mangsa.

Masalah itu turut menyebabkan alamat e-mel dan nombor telefon pengguna mudah dicuri oleh penggodam.

Susulan dakwaan tersebut, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematikan fungsi AirDrop jika tidak menggunakannya.

Pastikan juga tetapan AirDrop hanya untuk kenalan.

Sumber : TUD/Wiser