#SembangGajet: Kenapa Ramai Excited Dengan Disney+ Hotstar? Apa Yang Bestnya?
Masih teringat beberapa tahun lalu apabila pihak Disney mengumumkan mereka bakal membina satu platform dinamakan Disney+.
Ketika itu, tidak ramai yang teruja mengenai pengumuman berkenaan.
Mungkin sesetengah peminat saja yang tidak senang duduk.
Mana tidaknya, segala karya dan harta intelek daripada Walt Disney Studios dan Walt Disney Television bakal dihimpukan dalam platform tersebut.
Ini bermaksud, Disney Plus merangkumi kandungan dari Disney, Pixar, Marvel, Lucasfilm, National Geographic dan 20th Century Fox.
Banyak bukan?
Sebenarnya kesemua siri baru telah pun diumumkan sejak acara Disney D23 Expo pada 2019 lalu di Anaheim, California.
Menerusi acara inilah siri Falcon and The Winter Soldier, Loki, WandaVision, Hawkeye dan animasi pertama Marvel iaitu What If… diumumkan kepada peminat.
Selain itu High School Musical: The Musical: The Series, Lizzie McGuire Reboot, Ms. Marvel, Moon Knight, She-Hulk, The Mandalorian dan filem terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker turut diumumkan.
Ketika itulah, peminat baik daripada Marvel, Disney mahupun Star Wars memang sudah tidak senang duduk menantikan tarikh tayangan.
Tahun kemudian silih berganti dan akhirnya pada 1 Jun 2021, Malaysia telah pun menerima platform striming ini secara rasmi.
Biarpun sedikit lambat daripada Indonesia, namun ‘better late than never’ kan?
Jadi patutkah anda langgan platform baru ini? Jika ditanya pandangan saya sudah tentunya perlu!
Jika anda tidak meminati Disney, Pixar, Marvel, sekali pun, banyak sebenarnya yang ditawarkan untuk penonton Malaysia.
Siapa sangka Disney+ Hotstar turut menawarkan filem terbaik Oscars 2021, Nomadland dan saya percaya akan banyak lagi filem berkualiti di bawa masuk.
Filem tempatan pun banyak yang eksklusif di Disney+ Hotstar seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu.
Jika anda keliru sekali pun, anda boleh mula menonton drama siri Marvel iaitu Wandavision dan Falcon & Winter Soldier.
Kedua-dua drama ini menerima rating yang tinggi daripada pengkritik!
Di saat pandemik ini, nak ke wayang memang tidak boleh, maka marilah beramai-ramai menonton filem di platform baru.
Tidak mustahil jika pandemik ini berterusan, pengeluar filem lebih selesa memilih platform striming sebegini. Norma baru!
Apapun jika anda boleh langgan Disney + Hotstar pada harga RM54.90 selama 3 bulan ke pakej yang ada.
Namun, jika anda pelanggan Astro Movies Pack, hanya perlu tambah RM5 setiap bulan untuk menikmati Disney + Hotstar.
Pelanggan boleh mendaftar melalui astro.com.my/Disney.
Pelanggan ‘Movie Pack’ atau pelanggan Astro yang lain diingatkan untuk mengikuti langkah mudah ini sebelum mereka mula strim.
Untuk maklumat lebih lanjut, lawati astro.com.my/Disney