Selepas seminggu mengalami demam, anak perempuan kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah terpaksa ditahan wad di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

Siti Nurhaliza menerusi laman Instastory miliknya turut berkongsi beberapa foto memperlihatkan puteri sulungnya sedang dirawat selain mendoakannya cepat sembuh.

“Aafiyah anak ibu masuk wad setelah seminggu demam… cepat sihat anak ibu. Jantung hati ayah.

Cepat sembuh sayang,” kongsi Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza memberitahu dia pertama kali menguruskan proses anaknya untuk memasuki wad tanpa ditemani suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra disapa sebagai Datuk K.

Penyanyi lagu Purnama Merindu ini mendedahkan biarpun anaknya berani ketika dirawat namun tetap menangis sambil menutup matanya.

“Pertama kali ibu bawa Aafiyah admitted tanpa ayah. Tapi Aafiyah berani pun menangis tutup mata,” katanya.

Sebelum ini, Aafiyah pernah dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada skuter sekitar Februari lalu.