Hiburan

“Sempat Buat Panggilan Video Terakhir Bersama Keluarga” - Anak Allahyarham Penyanyi Lagu Abang Beca, M Rizal

gempak
Awani
23/08/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
“Sempat Buat Panggilan Video Terakhir Bersama Keluarga” - Anak Allahyarham Penyanyi Lagu Abang Beca, M Rizal
“Biarpun sedih, kami reda dengan pemergian ayah," Itu reaksi Roy Faisal, 41, anak bongsu penyanyi veteran, Allahyarham M Rizal atau nama sebenarnya Razali Hashim, 71, yang meninggal dunia di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai pada Khamis, akibat ulser perut.

Sempat suap makan pada arwah

Menurut Roy Faisal, kesemua lima adik-beradiknya termasuk ibu, Salmah Musa, 74, berada di sisi Allahyarham ketika dia menghembuskan nafas terakhir.
Malah katanya, dia juga sempat menyuapkan makanan kepada Allahyarham, setelah bapanya itu tidak makan langsung dalam tempoh tiga hari sebelum meninggal dunia.
"Ayah sebenarnya ada sakit gout tetapi sakit lama. Ayah juga disahkan menghidap ulser perut tetapi sudah pulih tahun lepas dan sakitnya ada datang sekali sekala. Kalau datang tu memang ayah langsung tak ada selera makan.

"Tiga hari sebelum meninggal dunia, ayah memang tak makan langsung. Tetapi petang tu saya cuma suapkan nestum sebab ayah nampak lemah."Saya suapkan dalam jam 4 petang dan malam itu jam 10.55 malam ayah 'pergi',” katanya.

Panggilan video terakhir

Tambah Roy Faisal, pada Rabu malam, dia sempat membuat panggilan video bersama abang dan kakaknya.

"Ayah tinggal bersama saya dan ibu...malam semalam saya membuat panggilan video bersama abang dan kakak. Kami nampak ayah sedar dan tidak lama kemudian terus senyap,” katanya.

Sementara itu, Salmah memaklumkan Allahyarham tidak ada menunjukkan sebarang tanda atau meninggalkan pesanan sebelum ‘pergi’ kerana sifatnya yang sememangnya pendiam.
"Arwah memang pendiam, tetapi arwah selesa tinggal bersama anak-anaknya. Ada masa arwah akan duduk rumah anak di Johor, kadang kala akan ke rumah anak di Damansara termasuklah pulang ke kampung halaman di Ipoh, Perak.
“Arwah pun dah lama tak menyanyi dah lebih 20 tahun. Sejak anak-anak sekolah, arwah memang tak aktif menyanyi lagi, kalau ada pun sebab ada undangan saudara mara atau rakan-rakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Manusia Tertua Di Dunia, Maria Branyas Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:#GimmeTheMicMY: Adik Tersayang Meninggal Dunia, Bulan Asyraff Reda – “Minggu Kedua Baru Dapat Tahu Buah Pinggang Dia Tinggal 2 Peratus Saja”

ARTIKEL BERKAITAN:Sami Shaolin Paling Tampan Meninggal Dunia Pada Usia 21 Tahun, Warganet Turut Berduka

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Orang Minta Minyak Wangi Jenama Nidza Afham, Kakak Luah Rasa Kecewa - “Saya Meniaga Untuk Cari Rezeki, Awak Rasa Okay Ke Tanya Benda Macam Ni?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ayah Cakap Masa Laungkan Azan Dia Sudah Ada Firasat Afham Berada Di Situ” - Kakak Aufahanie

Jenazah Allahyarham M Rizal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai pada jam 10 pagi Jumaat.
Allahyarham yang popular dengan lagu Abang Beca ketika zaman kegemilangannya dulu, merupakan juara Bintang RTM 1978.
Antara lagu popular Allahyarham ialah Hatiku Menangis Kernamu, Usah Kau Rayu Padanya yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Sumber Ilhamku.
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024