Hiburan
Ada Orang Minta Minyak Wangi Jenama Nidza Afham, Kakak Luah Rasa Kecewa - “Saya Meniaga Untuk Cari Rezeki, Awak Rasa Okay Ke Tanya Benda Macam Ni?”
Kakak kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie meluahkan rasa geram dengan sikap sesetengah pihak yang seolah-olah mempermainkan kematian adiknya.
Individu biadap minta pewangi jenama Nidza Afham
Irfahnie menerusi hantaran di Insta Story miliknya mendedahkan seorang individu yang bersikap biadap dengan berpura-pura mahu membeli minyak wangi yang dijual olehnya.Pada mulanya, Irfahanie memberikan respon biasa sebagai seorang penjual namun individu itu tanpa rasa bersalah meminta minyak wangi berjenama ‘Nidza Afham’.
Dalam hantaran tersebut, Irfahanie turut mendedahkan paparan tangkap layar perbualannya bersama individu tersebut.“Okay ke gurau macam ni ek?” tulisnya.
Jangan bergurau benda sensitif
Menerusi hantaran berlainan, Irfahanie juga kecewa dengan sikap manusia yang tanpa belas kasihan membuat gurauan tanpa mengira sensitiviti.“Korang, saya meniaga ni dari dulu bukan untuk suka-suka. Ini memang perniagaan saya cari rezeki untuk anak anak, keluarga dan saya.
“Afham pun pernah bekerja dengan saya beberapa bulan sebelum ini. Awak rasa okay ke tanya benda macam ni?
“Tak faham jugak ek manusia rasa benda macam ni boleh gurau. Jangan lah. Saya nak cakap banyak pun tak larat.
“Tak faham niat orang. Tapi tolonglah jangan. Maaf kalau saya ini over sensitif ke apa,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Taktahu Macam Mana Nak Move On, Mungkin Masa Akan Mengubati..” - Teman Wanita Allahyarham Nidza Afham
ARTIKEL BERKAITAN:“Nidza Afham Perbaiki Solat & Mahu Jadi Imam” - Abang Allahyarham
ARTIKEL BERKAITAN:Aufahanie Berang Individu Tabur Fitnah Mengenai Nidza Afham - “Siapakah Kamu Untuk Sebar Ketidakpastian Cara Pemergian Abang Saya!”
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Allahyarham Nidza Afham Reda, Syukur Jenazah Sempurna - "Tiada Satu Pun Yang Patah, Allah Bagi Kesempurnaan"
ARTIKEL BERKAITAN:“Ayah Cakap Masa Laungkan Azan Dia Sudah Ada Firasat Afham Berada Di Situ” - Kakak Aufahanie
Terdahulu, pada Rabu lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam adalah Nidza Afham.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.
Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada jam 6.30 petang Khamis.
Must-Watch Video