Hos televisyen legenda, Larry King dilaporkan meninggal dunia. Berita kematiannya diumumkan oleh anak lelakinya, Chance.

Chance mengumumkan ayahnya yang merupakan ikon dalam dunia pengacaraan itu meninggal dunia pada Sabtu pagi. Beliau berusia 87 tahun saat menghembuskan nafas terakhir di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles.

Meski demikian, kematian pemilik program bual bicara Larry King Live yang telah 'dipandunya' sejak 25 tahun lalu itu tidak diumumkan.

"Dengan berat hati dan sangat sedih kami mengumumkan kematian pengasas bersama, hos dan rakan kami, Larry King yang meninggal dunia pada usia 87 tahun di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles," tulis kenyataan yang dikeluarkan.



Terdahulu, pemenang banyak anugerah berprestij dunia dan penulis buku ini dilaporkan mendapat rawatan di hospital SAMA setelah dijangkiti COVID 19 pada awal Januari ini.

Beliau juga dilaporkan memang bertarung dengan banyak penyakit dan masalah kesihatan termasuk jantung.

Pada tahun 1987, beliau sempat menjalani pembedahan bypass jantung sekaligus menjadi ilham buatnya melahirkan The Larry King Cardiac Foundation yang menyediakan bantuan bagi mereka yang tidak mempunyai insurans.

King kemudian mendedahkan dirinya didignos kanser paru paru pada tahun 2017 dan telah bebas penyakit tersebut setelah mendapat rawatan.

Sebaik berita kematiannya tersebar, para selebriti Hollywood berbelasungkawa dengan mengucapkan selamat jalan buat King menerusi platform media sosial masing masing.

Kredit Foto: CNN