Laman Utama

Sempena Ramadan Yang Bakal Tiba, Hafiz Hamidun & Nabila Razali Sudah Berdamai

gempak
Azwa Rahman
09/04/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
Sempena Ramadan Yang Bakal Tiba, Hafiz Hamidun & Nabila Razali Sudah Berdamai
Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun mengambil kesempatan bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba untuk berbaik dengan Nabila Razali.
Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz berkongsi momen pertemuan tersebut di mana mereka berdua kebetulan menjalani sesi penggambaram bersama.
“Sempena Ramadan yang bakal tiba, sempat shooting dengan @nabila.razali hari ini. InsyaAllah semoga Ramadan lebih bermakna dan moga success untuk Nabila,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.
Sementara itu kepada sebuah portal, Hafiz memaklumkan Nabila nampak positif sepanjang pertemuan empat mata bersamanya dan sedia memaafkan.
“Saya juga secara peribadi katakan maaf pada Nabila kalau isu itu menggores hatinya... niat saya sekadar bagi komen peribadi, itu sahaja," jelasnya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersyukur apabila kedua-dua personaliti ini dilihat sudah berdamai.
“Harap Hafiz tak mempersiakan kesempatan bertemu dengan Nabila dan mohon maaf atas kritikan pedas masa AJL haritu. Ampunkan aku,” ujar seorang wargamaya.
“Berbaik dah ke? Syukur alhamdulillah. Awak nak lagu pi AJL bang buatlah lagu untuk dia. Dia ramai fans. Confirm juara AJL next year,” usik seorang wargamaya.
“Bella tu baik orangnya. Sebab tu dia murah rezeki dan dia memang mudah memaafkan orang lain,” kata seorang wargamaya lagi.
Difahamkan, Hafiz bersama Nabila akan tampil dalam sebuah program Ramadan tidak lama lagi.
Terdahulu, Hafiz dikecam gara-gara memuat naik status seperti mengkritik persembahan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila.
Menerusi ciapannya di Twitter, Hafiz seakan-akan menyindir Nabila sudah membazirkan peluang yang diberikan apabila nyanyiannya 'terkucil' di bahagian korus ketika mempersembahkan lagu tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024