,
Hiburan

Sempena Ulang Tahun Ke-25, ASWARA Anjur Konsert Tribute Khas Buat Tok Ti

Kamaruddin Razal
06/09/2019
09:44 MYT
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menganjurkan sebuah konsert tribute khas buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersempena sambutan ulang tahun ke-25 institusi pendidikan itu.
Konsert yang diberi nama Malam Kemala Irama 2.0 (MKI 2.0) itu bakal diadakan di Panggung Eksperimen ASWARA pada 20 dan 21 September akan datang.
Menariknya, konsert itu bakal menampilkan persembahan 12 graduan dan penuntut ASWARA yang sudah menempa nama dalam bidang seni menyampaikan rangkaian lagu tradisional popular Siti.
Konsert itu akan menampilkan persembahan Asmidar, Fitry Hiswady, Aruel Ariel, Hazra, Iqqa Ahmad serta ramai lagi alumni dan pelajar ASWARA.
Anak saudara Siti yang pernah menyertai Ceria Megastar Ministar, Ummi Umairah atau Umai juga diundang untuk memeriahkan MKI 2.0 kelak.
"Konsert tribute ini akan menhiasi halwa telinga pengunjung dengan pelbagai pilihan lagu tradisional yang pernah dipopularkan oleh Siti.
"Boleh dikatakan yang persembahan MKI 2.0 kali ini adalah bersifat penghargaan terhadap kesenian lagu tradisional dan akan disampaikan menerusi persembahan muzik serta nyanyian tradisional.
"Sebelum ini, di penganjuran pertama pada tahun 2017, kami mengangkat Noraniza Idris dengan mempersembahkan rangkaian lagu popularnya. MKI 2.0 kali ini merupakan satu penghargaan buat Siti selaku Ahli Lembaga Pengarah ASWARA," kata Juhara Ayub selaku Pengarah Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) ASWARA.
Tambah Juhara, dia berharap agar MKI 2.0 dapat mempromosikan seni budaya tradisional selain menyemai rasa cintakan budaya terhadap mereka yang berkunjung kelak.
"Tarikh 20 dan 21 September ini dipilih bersesuaian dengan kemasukan pelajar baru ASWARA. Kami berharap konsert ini dapat memupuk minat mereka untuk memilih muzik atau vokal tradisional sebagai jurusan major.
"Kami berharap konsert ini dapat memartabatkan kesenian tradisional warisan tempatan ke mata dunia dan menyemai rasa cintakan budaya kita,” katanya.
Tiket MKI 2.0 akan dijual pada harga RM30 dan RM20 kepada awam manakala RM10 kepada penuntut ASWARA.
Untuk sebarang informasi lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi nombor 03-27785999, 03-27786062 atau 03-27786065.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”

gempak
18/11/2024
09:25 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh penganjur adalah untuk mempunyai kumpulan dan startegi pemasaran yang baik.
Hiburan

Gadis Kampung Lipis Ke Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tak Sangka Boleh Bertahan - “Sabar Anda Berbaloi”

gempak
16/11/2024
03:55 MYT
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sendiri mungkin tidak percaya bahawa dia boleh bertahan dengan segala dugaan dunia hiburan sehingga menjadi seorang individu yang amat disegani ramai.
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Hiburan

Siti Saida & Sairah Tumpang Gembira Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara – “Abah Pasti Bangga, Al Fatihah Buat Abah”

gempak
14/11/2024
07:20 MYT
Umum mengetahui penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Unitar