Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

Amri Hassan
18/07/2024 09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.

Jelas Shahir, kejadian itu berlaku ketika dia diminta untuk mengesahkan butang biru sebagai pengendali akaun Instagram yang sahih.

"Basically kejadian itu berlaku ketika saya bangun pagi dalam keadaan mamai, baca DM dari Instagram minta verify untuk blue badge.

"Memang pengurus ada apply untuk saya. Rupanya DM tu dari scammer. Lepas dia hijack account dia minta RM2,000 kalau nak account semula tapi saya tak layan sebab tahu takkan dapat semula.

"Scammer tu difahamkan dari Turkiye kalau tak silap," katanya.

BERITA TRENDING: Isteri Pandai Masak, Berat Badan Shahir Naik Mendadak!

BERITA TRENDING: "Baru Telefon, Dia Dah Ajak..."- Shahir AF & Jaskin Pergi Kursus Kahwin Online Dulu Baru Bertemu Kali Pertama

BERITA TRENDING: "Muka Bengkak, Bernanah & Kebas Sebelah" - Netizen Suspek Shahir Hidap Bell's Palsy?

BERITA TRENDING: [VIDEO] 3 Hari Demam, Shahir Dihalang Jumpa Doktor... "Saya Ke Hospital Pukul 2 Pagi Sampai Hampir Kemalangan Tapi ..."


Disebabkan keengganannya, pihak terbabit telah bertindak memadamkan kesemua foto dan video milik pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu.

"Dia terus delete semua gambar & video saya dan gantikan dengan gambar-gambar dia.

"Habis lenyap semua memori gambar & video kerjaya.

"Lebih menyedihkan masa tu baru je lepas wedding so semua kenangan tu saya abadikan dalam IG untuk tatapan di masa akan datang tetapi semuanya lenyap sekelip mata.

"Disebabkan Instagramlah satu-satunya sumber untuk saya update aktiviti seni, maka bila dah tiada semua sangka saya kembali hilang dari industri sedangkan saya masih ada," tambahnya.

Kini Shahir muncul dengan akaun baharu dengan nama @shahir_zawawi88.

A post shared by Shahir Zawawi (@shahir_zawawi88)


#Kahwin #Penyanyi #Viral #Instagram #Godam #Shahir Zawawi #Scam #Hilang #Hacked #AF8