Covid-19

[VIDEO] 3 Hari Demam, Shahir Dihalang Jumpa Doktor... "Saya Ke Hospital Pukul 2 Pagi Sampai Hampir Kemalangan Tapi ..."

gempak
Amri Hassan
10/04/2020
05:58 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] 3 Hari Demam, Shahir Dihalang Jumpa Doktor... "Saya Ke Hospital Pukul 2 Pagi Sampai Hampir Kemalangan Tapi ..."
Penyanyi Shahir Zawawi meluahkan rasa kesal terhadap segelintir petugas di sebuah hospital di Shah Alam yang enggan melayannya untuk berjumpa doktor.
Jelas Shahir, dia terpaksa menggagahkan diri untuk melalui dua sekatan jalan raya seawal 2 pagi untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
"Saya bertanggungjawab datang seorang diri dari rumah sebab saya sudah tak tahan demam sudah 2 hari.
"Kalau bukan kecemasan saya takkan datang. Saya nak minta KKM berrtanggungjawab sebab diarahkan balik dan perlu ke klinik kesihatan pagi esok.
"Sepanjang perjalanan saya hampir muntah, nak pitam dan hampir kemalangan. Saya datang sebab saya betul-betul sakit sebab itu saya datang.
"Kalau demam itukan simptom Covid-19, saya duduk sendirian kalau apa-apa jadi saya tak sedarkan diri siapa yang tolong?" katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram.
Dalam video berkenaan, Shahir yang berada di perkarangan unit kecemasan hospital berkenaan diarahkan pulang oleh petugas yang menjaga di luar pintu utama.
Malah, Shahir juga diarahkan untuk tidak merakamkan sebarang bentuk visual ketika berada di ruang tersebut.
"Minta maaf saya tak nak burukkan sesiapa tapi saya kecewa dengn layanan sebegini. Saya tak nak datang jumpa orang depan suruh balik. Saya minta tolonglah...
"Saya tak tahu apa masalah dia. Saya nak kena rekod untuk bukti.
"Kalau saya seorang kena macam ni saya takut orang lain pun kena sama," getus Shahir lagi.
Dalam pada itu, mengulas mengenai situasi sebenar dirinya, Shahir terlebih dahulu mendapatkan bekalan ubat dari farmasi ekoran kesihatannya merosot.
"Saya sebenarnya sudah 2 hari demam, makan enam biji Panadol Actifast dan 3 biji ibuprofen.
"Malam ini saya rasa badan terlalu panas dan tak boleh tidur, jadi saya paksa diri keluar sebab saya takut tak sedar esok.
"Saya tak diizinkan langsung jumpa doktor. Saya datang sebab betul-betul sakit. Saya datang serah diri, tak boleh ke tolong periksa saya?
"Takkan tak ada sedikit tolak ansur, jadi saya minta tolonglah ambil berat kepada insan yang memerlukan," rayunya.
Sehubungan itu juga, Shahir menjelaskan tindakannya bukan bertujuan mencari publisiti.
"Saya minta maaf terlebih dahulu kalau ada yang tersinggung, apa saya buat bukan nak cari publisiti.
"Saya terpanggil buat sebab takut ramai lagi di luar sana perlukan bantuan perubatan tetapi dilayan sebegini," jelasnya.
Tindakan Shahir memuatnaik video terbabit mendapat pelbagai reaksi peminat malah ada yang melihat tindakan Shahir merakamkan video di ruang kecemasan hospital adalah salah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live