Pelakon veteran Fauziah Nawi, 70, menerima gelaran Datuk dari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Yang di-Perthan Agong turut mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Izham Ismail.
Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara di sini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Pada istiadat pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim.
Seri Paduka juga berkenaan menganugerahkan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 14 individu dan Darjah Setia Mahkota (JSM) kepada 17 individu.
Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 58 individu, Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada 15 individu dan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 75 individu.
Pada istiadat pengurniaan hari ini, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 72 individu dan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD) kepada 43 individu.
Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Sumber: Bernama
Foto: Kosmo
Syafiqah Jalal
Tue Jul 04 2023


Angelina Jolie Sifatkan Hollywood Dunia Tak Sihat, Pernah Diserang Bell’s Palsy
Angelina Jolie mengaku tidak pernah terpesona dengan glamor dunia Hollywood.
_1.png?ext=.png)
Keadaan Padang Stadium Bukit Jalil Disamakan Dengan Kuih Seri Muka
Keadaan padang Stadium Bukit Jalil

Rekaan Setaraf Telefon Flagship, Tiada Telefon Semantap HONOR X9b 5G! Why Not Ada Satu Kan
Lovenya HONOR X9b 5G ni!
_1.png?ext=.png)
Leher Zayn Rayyan Ada Kesan Cedera, Rakyat Malaysia Doa Pelaku Ditangkap
Harap pelaku dikenakan hukuman setimpal
Travelawak Projek Bapak Bapak S2 - Bapak Bapak belajar surf (EP6)
Bapak Bapak belajar surf (EP6) . Saksikan Travelawak Projek Bapak Bapak S2 mulai 2 November, setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro Go.
#TravelawakProjekBapakBapak
#ProjekBapakBapak
#Travelawak
#AstroWarna
#TravelawakProjekBapakBapak
#ProjekBapakBapak
#Travelawak
#AstroWarna
Travelawak Projek Bapak Bapak S2 - King takut nak surf (EP6)
King takut nak surf (EP6). Saksikan Travelawak Projek Bapak Bapak S2 mulai 2 November, setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro Go.
#TravelawakProjekBapakBapak
#ProjekBapakBapak
#Travelawak
#AstroWarna
#TravelawakProjekBapakBapak
#ProjekBapakBapak
#Travelawak
#AstroWarna
_1.png?ext=.png)
Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh
Zayn Rayyan mati dibunuh
_1.jpg?ext=.jpg)
Hidap Bronkitis Sinus, DJ Lin 'Lari' Dari Hospital Demi Kerja
Syafakallah.

Jadi Diva? Bell Ngasri Komen - "Kalau Artis Baru Buat Perangai Begitu Dengan Saya..."
Jangan nak diva sangat lah.
_1.png?ext=.png)
Pantai Lahad Datu Penuh Sampah, Netizen Salahkan Warga Asing – “Benda Ni Jadi Sebab Pendatang”
Perbaiki diri masing-masing