Hiburan

“Sepanjang 14 Tahun Kahwin, Dah Pernah Buat IVF 4 Kali” – Isteri Adi Putra Kongsi Kisah Mengusik Jiwa

gempak
Mya Amri
25/03/2019
09:27 MYT
Sponsor Banner
“Sepanjang 14 Tahun Kahwin, Dah Pernah Buat IVF 4 Kali” – Isteri Adi Putra Kongsi Kisah Mengusik Jiwa
Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Aida berkongsi kisah mengusik jiwa itu menerusi keratan temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay...
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
“Saya reda. Walaupun tak dikurniakan anak, saya sudah ada dua orang anak angkat,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi Zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.
Foto: Instaram @aidayusof786
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024