HIBURAN
DJ Ditemui Mati Dengan Tangan Terikat, Kesan Peluru
Misteri kehilangan seorang DJ lelaki terjawab apabila mayatnya ditemui dengan tangan terikat dan kesan tembakan di kawasan hutan di Muang, Selatan Thailand.
Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, Waraphong Khunsrijaturong sebelum ini dilaporkan sebagai orang hilang oleh keluarganya.
DJ berusia 33 tahun yang dikenali sebagai DJ Taytay dilaporkan hilang selama empat hari, lapor Bangkok Post.
Seorang penduduk kampung yang membuat laporan tentang penemuan mayat tersebut memberitahu sudah melihat mangsa berada di tempat kejadian selama tiga hari namun bimbang untuk mendekatinya.
Namun selepas terlihat laporan mengenai kehilangan mangsa, dia kembali ke kuil dan melihat mayat Khunsrijaturong memakai baju yang sama seperti seorang DJ yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Pihak polis perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda selama 20 minit sebelum berjalan kaki ke lokasi kejadian.
Hasil siasatan, kematian Khunsrijaturong dipercayai mempunyai motif cemburu. Ia berdasarkan kenyataan teman wanitanya yang pernah meminta DJ itu menjauhkan diri daripada seorang perempuan dikenali sebagai Nam. Mangsa kemudian mengaku telah berhenti bertemu dengan wanita tersebut.
Khunsrijaturong hilang selepas menjadi DJ di sebuah majlis ulang tahun seorang wanita. Dua lelaki ditahan dengan seorang suspek masih diburu.
Must-Watch Video