Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri menyerahkan segala keputusan kemenangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH) pada rezeki.

Malah Bell yang hadir pada malam anugerah ini juga berkata dia jarang untuk berjalan di atas karpet merah kecuali pada malam ini.

“Saya tak fikir apa-apa nak enjoy sahaja. Suasana nak naik karpet merah ini pun sepanjang hidup saya kalau datang sebagai artis pun selalu lalu belakang. Tahu tahu dah masuk dalam.

“Tapi mereke suruh saya jalan juga di karpet merah maka saya turutkan sahaja ,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Bell juga turut menjelaskan konsep karakter Barkoba yang di bawanya pada malam ini.

“Saya memang sengaja pakai gaya Barkoba ni sebab saya tahu rakyat Malaysia suka sangat dengan Barkoba.

“Jadi saya pakai kerana sayangkan mereka dan juga Barkoba, ini pendapat saya lah,” ujarnya.

Terdahulu, Bell Ngasri mencipta fenomena luar biasa tahun ini selepas mendapat sokongan rakyat Malaysia yang berharap dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35.