Covid-19

Sepanjang PKP, Aina Abdul Sibuk Siapkan Tesis

Kamaruddin Razal
08/04/2020
05:20 MYT
Penyanyi Aina Abdul memenuhkan waktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyiapkan kertas kajian tesisnya.
Tidak mengabaikan pelajaran, Aina yang merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Muzik di Universiti UCSI bakal menamatkan pengajiannya pada Ogos ini.
"Sepanjang PKP, saya sibuk menyiapkan kajian tesis untuk melengkapkan pengajian saya. Bermula Januari lalu, saya sudah memberikan fokus untuk tesis terbabit dan ia akan dihantar pada bulan ini.
"Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, saya tak mahu mengabaikan pelajaran kerana ia merupakan tunjang utama kehidupan.
"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya bakal menggenggam ijazah sarjana muda dalam bidang muzik pada Ogos ini, doakan saya," kata Aina.
Tambah pelantun lagu Semalam ini, dia juga memenuhi masa PKP dengan menghiburkan peminatnya di laman Instagram dan YouTube.
"Sepanjang PKP, saya sering tampil menyanyikan lagu-lagu popular penyanyi lain (cover) untuk memenuhi permintaan peminat.
"Syukur kerana ia mendapat sambutan positif dan saya gembira dapat menghiburkan peminat yang tak boleh keluar rumah.
"Saya memuat naik nyanyian saya di laman YouTube dan Instagram. Apa yang penting, saya memohon agar semua peminat dapat kekal di rumah untuk memutuskan rantaian COVID-19," katanya lagi.
Kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Viral

Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

gempak
07/05/2024
05:55 MYT
Tuan badan punya wedding dah jawab.