Penyampai radio Zayan, Mawi mengakui terkejut apabila melihat respon yang diberikan oleh penyanyi M. Nasir ketika menonton filem arahannya, Tiada Tajuk.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi rasa syukur apabila filem arahannya itu mendapat tempat di hati penonton.

"Malam tadi abang Nasir datang tonton filem #TIADATAJUK. Sepanjang saya kenal M.Nasir dia sangat susah untuk ketawa.Haha.

"Ini cabaran buat saya untuk buat M.Nasir gelak. Tapi malam tadi ... fuh! M.Nasir gelak tengok filem saya. Terima kasih Cikgu.

"Insyaallah 4 April ni jemput la ke panggung wayang ok untuk tonton filem #TIADATAJUK," tulisnya.

Malam tadi abang Nasir datang tonton filem #TIADATAJUK Sepanjang saya kenal M.Nasir dia sangat susah untuk ketawa.Haha ? Ini cabaran buat saya untuk buat M.Nasir gelak. Tapi malam tadi ... fuh ! M.Nasir gelak tengok filem saya. ??? Terima kasih Cikgu ??? . . Insyaallah 4 APRIL ni jemput la ke panggung wayang ok utk tonton filem #TIADATAJUK ? . . #TiadaTajuk #CeritaKampungJe #RockSangkut #TontonDanMenang #AplikasiMawiWorld @ekinmawi @filembelumadatajuk @sahabatduniamawi_official

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


Rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Mawi dan berharap agar filem arahannya akan berjaya mendapat kutipan yang tinggi apabila ditayangkan nanti.

Filem pertama arahan Mawi akan mula ditayangkan diseluruh pawagam pada 4 April ini.