,
Laman Utama

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…

Izwan Isa
28/09/2023
03:50 MYT
Seperti sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang kini sedang hamil zuriat kedua memilih untuk bersalin secara pembedahan.
Dijadualkan menyambut kelahiran bayi lelaki pada Disember depan, Ayda berkata, keputusan untuk melahirkan secara pembedahan telah dipersetujui oleh suaminya, Nabil Mahir.
“Mungkin ramai yang cakap, kalau bersalin secara pembedahan, kita akan rasa sakit dan susah nak jaga. Tapi, berdasarkan pengalaman, ia tidak benar sama sekali.
“Bagi saya dan Nabil, ia satu momen yang membahagiakan. Lain orang lain kesannya dan masing-masing boleh beri pendapat. Tapi alhamdulillah, pengalaman dan momen untuk saya dipermudahkan oleh Nya,” kongsi Ayda ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Muzik Video Be Mine, Sambutan Hari Jadi Ana Nayla & Gender Reveal di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah Ayda, tarikh jangkaan kelahiran anak keduanya itu sepatutnya jatuh pada 1 Januari 2024, iaitu tarikh ulang tahun perkahwinannya bersama Nabil. Namun, disebabkan dia memilih pembedahan, tarikh kelahiran terpaksa dipercepatkan.
“Pihak hospital memberikan tarikh jangkaan kelahiran pada 1 Januari 2024, bertepatan dengan ulang tahun perkahwinan kami. Tetapi, saya perlu pilih tarikh lain sebab kami pilih untuk dibedah.
“Insya-Allah saya akan bersalin pada bulan Disember. Mudah-mudahan prosesnya akan berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Lagu dan klip video Be Mine sudah boleh distrim menerusi semua platform digital termasuk Youtube. Lagu berentak balada itu dicipta oleh Aubrey Suwito dan lirik hasil nukilan Ayda dan Ad Samad.
Menarik tentang klip video Be Mine, Ayda bekerjasama sekali lagi bersama pengarah Rewan Ishak dan menjadikan Taiwan sebagai lokasi penggambaran klip video berkenaan.
BACA: Ayda Jebat Bakal Timang Anak Lelaki​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Perlu Jujur Dengan Pasangan, Ayda Jebat Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia - “Memang Dari Awal Sebelum Kahwin, Saya Cakap Dekat Dia…”

gempak
04/11/2024
23:55 MYT
Menurut pelantun lagu Memerang itu, jika setiap pasangan tidak telus mengenai diri masing-masing, mungkin akan memberi satu tekanan lain kepada mereka.
Hiburan

Anak Ayda Jebat Nampak Makhluk Halus, Menjerit Sambil Tunjuk Siling Tandas - “Ini Bukan Kali Pertama…”

gempak
29/10/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang diganggu makhluk halus ketika sedang mandi di tandas rumah.
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

gempak
14/07/2024
16:10 MYT
Tahniah!
the-hardest-singing-show

THSS: Didakwa Tak Nasihat Isteri, Nabil Mahir Terima Teguran Netizen Dengan Terbuka

gempak
08/07/2024
13:55 MYT
Suami kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir tampil mengulas dakwaan netizen mengenaidirinya yang tidak menjalankan peranan sebagai suami dengan baik.
Unitar