Seputar Sabtu: Sofyank Nikah, Yasin Rekod Lagu Dari Penjara, Shila Amzah Tulis Lagu Cinta Tak Kesampaian

Azwa Rahman
Jun 11, 2022 19:52 MYT

Salam Sabtu guys! Sambil korang nikmati hujung minggu tu, jom recap lima kisah hangat yang berlaku sepanjang hari ini.

1. Sofyank nikah dengan gadis pilihan
Personaliti media sosial Sofyank atau nama sebenarnya Mohd Sofian Abdullah, 26, selamat dinikahkan dengan gadis pilihan, Nabilah Ramli, 24, pada Sabtu pagi.
BACA: [VIDEO] Sofyank Selamat Bernikah, Wajah Isteri Tarik Perhatian Netizen - “Cantiknyaaa Wife Dia..”
2. Justin Bieber lumpuh sebelah muka
Penyanyi terkenal Justin Bieber mengumumkan terpaksa menunda konsertnya yang sudah dijadualkan kerana menghidapi sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan wajahnya lumpuh sebelah.
BACA: Wajah Lumpuh Sebelah, Justin Bieber Tunda Konsert - “Virus Menyerang Saraf Telinga Saya..”
3. Yasin rekod lagu di sebalik tirai besi
Penyanyi terkenal Yasin Sulaiman sempat mendendangkan lagu ciptaanya yang berjudul Bebaskan Aku di sebalik tirai besi yang dikongsi di akaun Instagramnya pada Jumaat.
BACA: Rakam Guna Panggilan Telefon, Yasin Dendangkan Lagu ‘Bebaskan Aku’ Dari Penjara Buat Peminat
4. Shila Amzah tulis lagu cinta tak kesampaian
Shila berkongsi sedikit keratan lagu terbaru hasil tulisan tangannya di aplikasi Tiktok miliknya. Melalui tiap bait lirik yang dinyanyikan Shila, lagu tersebut seperti berentak perlahan dan mempunyai unsur percintaan yang tidak kesampaian.
BACA: “Lagu Masterpiece Selalu Dari Broken Heart” - Netizen Dengar Lagu Baru Shila Terus Jatuh Cinta
5. Anak tak setuju Azri Iskandar nak kahwin
Azrell memberitahu dia dan adik-beradiknya yang lain tidak begitu bersetuju dengan hasrat bapa mereka untuk berkahwin lain memandangkan perceraian dengan Ellie, masih terlalu baru.
BACA: “Kami Dah Cuba Untuk Cakap…”- Tak Hormat Tempoh Edah, Anak Tak Setuju Azri Iskandar Nak Kahwin

#Shila Amzah #Sofyank nikah #Yasin rekod lagu