Selepas dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu 35 dan Masked Singer Malaysia musim ke-2, namanya semakin disebut-sebut.
Seperti diberi nyawa semula buat dirinya untuk kembali menyinari industri seni Malaysia. Dia yang dimaksudkan ialah Shila Amzah atau nama aslinya Nur Shahila Amir Hamzah, 33.
Umum sedia maklum Shila kini berstatus ibu tunggal selepas gagal dalam perkahwinannya bersama bekas suami, Haris Idraki pada awal tahun yang lalu.
Namun disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersirat buat dirinya. Rezeki Shila semakin bertambah dan kini Shila kembali aktif semula menyanyi.
Terkini Shila berkongsi sedikit keratan lagu terbaru hasil tulisan tangannya di aplikasi Tiktok miliknya. Melalui tiap bait lirik yang dinyanyikan Shila, lagu tersebut seperti berentak perlahan dan mempunyai unsur percintaan yang tidak kesampaian.
@shilaamzahofficial I just wrote a new song tadi , it’s not complete yet , Tapi sha just nak share kat korang #galau #fy #songwriter ♬ original sound - shahilaamzah