Hiburan
“Seram Je Bila Keluar Beli Barang, Balik Minta Dia Mandi Terus” – Niena Azman Risaukan Rody Kristal
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman meluahkan kerisauan apabila suaminya terpaksa menjalankan tugas untuk membeli barang keperluan harian.
Niena berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Niena, dia akan meminta Rody untuk mandi terlebih dahulu sewaktu pulang dan mengurung Adith di dalam bilik kerana kuatir anaknya itu akan berlari memdapatkan bapanya.
“24 minggu menuju ke 67kg. But its ok around 16-20week more. Doakan baby sihat, sekarang negara tengah hadapi Wabak Virus Covid-19.
“Seram je bila En. Mi keluar rumah beli barang. Bila dia balik je terus bukak kan pintu masuk dalam toilet, baju semua rendam detol and minta dia mandi terus.
“Adith kurung dalam bilik takut berlari nak kejar daddy dia. Benda yang kita tak nampak ni lah lagi bahaya dari benda yang kita nampak.
“Contoh curang… Nampak depan mata boleh terus kitai (bahasa orang Johor) buat belakang-belakang tak nampak tapi jada lagi teruk.
“Semoga kita semua kuat hadapi dugaan akan datang, harap-harap Ramadan ni dapat balik Kulai,” tulisnya.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 14 April depan.
Sepanjang tempoh itu juga orang ramai diminta untuk terus kekal duduk di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti di luar.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video