Pelakon Shakilla Khoriri difahamkan telah selamat berkahwin dengan lelaki pilihan pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Ramona, Shuhada Kongsi Foto & Video Shakilla Khoriri Berbaju Pengantin! Netizen Pula Ucap Tahniah...

Menerusi foto-foto yang dikirimkan perancang perkahwinan Shakilla, Rumah Abang Jamil, pasangan mempelai serba sepadan dengan menyarung busana songket putih.

Shakilla ditatarias oleh Deq Yan dan rambutnya dirapikan oleh Miedy Daniel.

Menerusi hantaran Instagram jurusoleknya, ramai yang memuji kejelitaan Shakilla pada hari bahagianya.



"Lawa gila make up ni. Power!" tulis Mira Filzah.

"Cantiknya, berseri-seri.

"Lawanya dia Ya Allah!

"Cantiknya, naik seri pengantin.

"Cantik gila nampak lain muka. Terbaik.

"Kila ni jarang make up sekali make up wow. Cantik," tambah beberapa warganet lain.

BERITA TRENDING: Shakilla Khoriri Nikah Esok?

Semalam, viral di media sosial mengenai Shakilla, 34, bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Didakwa, lelaki itu merupakan duda anak satu dan merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan sendiri.





Kredit foto: Rumah Abang Jamil (terima kasih Luna)