Hiburan

Sering Bawa Ibu Ke Majlis, Zizan Razak Digelar Anak Soleh

gempak
Asraf Aided
09/10/2018
13:54 MYT
Sponsor Banner
Sering Bawa Ibu Ke Majlis, Zizan Razak Digelar Anak Soleh
Selebriti popular, Zizan Razak telah berkongsi foto menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) bersama ibunya beberapa hari lalu.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Sebaik-baik doa datang dari ibu bapa kita, insya-Allah," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Ekoran perkara itu, rata-rata netizen telah memuji sikap Zizan yang sentiasa membawa ibunya ke majlis-majlis terkemuka.
"Tahniah Zizan, seorang anak yang soleh.
"Saya 'respect' awak Zizan, jarang sekali ada orang bujang macam awak.
"Awak seorang anak yang bagus," antara tulis netizen.
Dalam Anugerah tersebut, Zizan telah memenangi kategori Artis Komedi Paling Popular.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024