HIBURAN

“Seronok Bila Dapat Mengaji” - Mimi Fly Bersyukur Di Jemput ‘Join’ Geng Ngaji

Asyraf Roslan 28/03/2025 | 03:55 MYT

Penyanyi Mimi Fly meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menjadi tetamu dalam program Geng Ngaji.

Menurut Mimi Fly atau nama lengkapnya Shamimi Amalina Norisham, 39, dia berasa sangat gembira dapat menyertai program tersebut kerana ia membantunya memperbaiki bacaan Al-Quran.

“Saya sangat bersyukur apabila mereka panggil saya. Bila saya dah start keluar muzik saya dah lama tak mengaji, tapi bila mereka panggil saya rasa marilah kita belajar.

“Seronok bila dapat mengaji, ada ustaz dan ustazah yang betulkan,” kata Mimi kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Serumpun ini turut bersyukur kerana namanya semakin dikenali ramai selepas pelancaran lagu Angkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak Ani Minati Lagu Raya 'Serumpun' Mimi Fly, Unik & Kreatif! - "Sekali Dengar Terngiang-Ngiang"

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly Ucap Terima Kasih, Syukur Sempat Selamatkan Serumpun - “Bila Dengar Teguran Mufti, Saya Berbincang Dengan Mama Dan Berfikir…”

ARTIKEL BERKAITAN: Gayakan Busana Terdedah Seperti Berkemban, Netizen Kritik Muzik Video Raya Mimi Fly - “Lari Maksud Sebenar Aidilfitri”

Baginya, semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan dia hanya mengikut aturan-Nya.
“Semua ini adalah percaturan tuhan, saya hanya mengikut apa yang telah diaturkan untuk saya. Saya ada karya yang perlu dihasilkan, peminat-peminat baharu yang baru sahaja nak kenal saya.
“Jadi saya rasa dari sinilah bermulalah untuk saya kongsi bagi orang di luar sana lebih mengenali diri saya. Tak kenal maka tak cinta,” tambahnya.
Selain berkecimpung dalam dunia muzik, Mimi turut berkongsi bahawa dia pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran ketika kecil.

Menurutnya, sejak kecil ibunya sangat menitikberatkan pendidikan serta adab dalam kehidupan anak-anaknya.

“Saya sangat beruntung sebab saya dibesarkan oleh seorang ibu yang baik dan sangat pentingkan pendidikan serta adab.

“Dulu masa sekolah rendah setiap hari rabu akan pergi ke rumah seorang ustaz dari Indonesia bersama abang saya. Kami juga pernah menyertai tilawah Al-Quran,” kongsi Mimi.
Terdahulu, Mimi Fly menjadi perhatian netizen selepas mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam program Geng Ngaji musim keenam.

Manis berhijab, Mimi tampil dengan membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.

Malah bacaan Mimi juga membuatkan panel-panel dalam program tersebut tercengang dan memuji bacaannya.

#Mengaji #Mimi Fly #Geng Ngaji #Tilawah Al-Quran