Nampak mudah, tapi ianya memerlukan masa untuk menyiapkannya kerana setiap yang terlibat perlu bermula dari wajah polos sebelum dihias dengan solekan.
Kali ini kami kongsikan empat buah video #dontrushchallenge yang dilakukan oleh Yuna, bekas-bekas bintang Akademi Fantasia, kru penerbangan AirAsia dan tidak ketinggalan juru mekap kepada artis.
Yuna membuat #dontrushchallenge bersama anggota band wanitanya yang bersama dalam Rouge Tour.
Versi bintang-bintang Akademi Fantasia dari pelbagai musim menggabungkan bintang-bintang lelaki dan wanita.
Kru kabin penerbangan AirAsia juga tidak ketinggalan untuk melakukan @dontrushchallenge sesama mereka.
Paling kelakar dan vogue apabila jurumekap-jurumekap artis tempatan turut sama 'memasang wajah' untuk cabaran ini.

#dontrushchallenge adalah satu bentuk hiburan sekadar menghilangkan kebosanan bila berada di rumah. Cabaran tersebut seolah membuatkan masing-masing saling sahut-menyahut untuk menyiapkan diri.